Transformers: Energon

Transformers: Energon, dikenali di Jepun sebagai Transformer: Superlink (トランスフォーマー スーパーリンク, Toransufōmā Sūpārinku), adalah siri animasi, siri komik dan alat permainan Transformers dari tahun 2004–2005, satu lagi produksi bersama antara Hasbro dan Takara dan sekuel langsung bagi Transformers: Armada. Ia juga merupakan tayangan Transformers Jepun pertama yang dihasilkan secara janaan komputer (CG), dalam bentuk teknik bayangan cel (cel-shading) yang serupa dengan anime Zoids, dimana merupakan satu trend yang akan berterusan ke siri seterusnya, Transformers: Cybertron. Di Itali, ia disiarkan di Fox Kids (13 Episod pertama) dan Cartoon Network. Di Amerika Syarikat, KidsClick mula menyiarkan tayangan ulangan dari 27 Ogos 2018 hingga 3 November 2018.[3] Bersama-sama dengan Transformers: Armada dan Transformers: Cybertron, Transformers: Energon adalah sebahagian daripada kisah dalam siri Transformers yang dikenali sebagai "Trilogi Unicron".Dalam siri ini, gimik utama Transformers adalah kemampuan Autobot untuk bergabung dengan pasangan yang sama saiz, kemampuan Decepticon untuk menggunakan rupa bentuk yang ditambah kuasa, dan penambahan senjata Energon dan bintang-bintang yang boleh dipasang pada mana-mana Transformer. Mini-Cons, dari cerita sebelumnya, masih wujud, tetapi semua palam Mini-Con telah "mati", dan mereka tidak mengaktif fungsi pada alat mainan.[4]

Transformers: Energon

Penyiaran Asal TXN (TV Tokyo)
Dilesenkan oleh
Skrip/Penulis Akira Okeya
Diciptakan oleh Eugene Ishikawa
Steve Drucker
Penyiaran bahasa Inggeris
Pengarah Yutaka Satō (1-5)
Jun Kawagoe (1-13)
Takashi Sano (6-51)
Penerbit Fukashi Azuma
Matsuo Sugiyama
Studio Actas[1]
Studio Galapagos[2]
Episod 51 (Senarai episod)
Tarikh tayangan 9 Januari 2004 – 24 Disember 2004
Genre Aksi, Pengembaraan, Mecha, Superhero
Lagu/Muzik Kazunori Maruyama